Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師 Hagane no Renkinjutsushi)

images (16) Fullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang mencapai teknologi Eropah. Di dunia selari ini, pseudosains alkimia menjadi tumpuan utama, namun ia juga merangkumi unsur fantasi yang tidak didapati dalam alkimia sebenar. Ahli alkimia dunia sebenar cuba membentuk emas daripada logam lain yang kurang bermutu. Di dunia fiksyen siri ini, alkimia merupakan sains membentuk sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation)—berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alchemist Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris. Mulanya, Edward dan Alphonse Elric merupakan kanak-kanak yang tinggal di kampung Resembool di negara Amestris. Bapa mereka Hohenheim, seorang ahli alkimia berbakat, telah meninggalkan rumah sewaktu Edward masih kecil manakala Alphonse masih bayi. Setahun kemudian, ibu mereka, Trisha Elric, pula meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati. Setelah kehilangan ibu, adik-beradik Elric bercadang untuk cuba menghidupkan semula mendiang ibu mereka melalui alkimia. Mereka mengkaji alkimia dari seorang guru, Izumi lalu menggunakan buku-buku dan catatan yang ditinggalkan bapa mereka untuk mencipta semula bulatan penukaran manusia. Namun, cubaan itu gagal. Sebagai memenuhi Prinsip sama nilai,ia mengambil kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse. Dalam cubaan menyelamatkan adiknya, Edward mengorbankan lengan kanannya untuk menghidupkan roh adiknya dalam baju zirah. Selepas itu, Kaki kiri dan lengan kanan Edward diganti dengan dua set Automail, sejenis anggota badan prostetik yang canggih. Dalam asalan bahasa Jepun, istilah “Fullmetal” merujuk kepada seorang yang degil. Dalam siri istilah itu sering disalah anggap oleh watak kecil kepada anggota badan gantian Edward atau baju zirah Al. Seorang “Alchemist Negara” bernama Roy Mustang tiba ketika kejadian penukaran manusia yang gagal tersebut sebagai balasan kepada surat-surat yang pernah dihantar adik-beradik tersebut bagi tujuan memperoleh maklumat mengenai bapa mereka (dengan berharap agar mereka memujuk bapa mereka pulang ke rumah). (Perhatian: Peristiwa ini berlaku secara berbeza dalam versi manga, yang mana Mustang ditugaskan mencari Alchemist Negara yang baru setelah kejadian malapetaka di Ishbal telah mengakibatkan kebanyakan Alchemist Negara berasa malu dan marah lalu meninggalkan angkatan tentera. Satu kesilapan penaipan dalam rekod tentera menyebabkan Mustang yang pergi ke Risembool untuk mencari “Edward Elric, berumur 31 tahun” terkilan setelah terjumpa seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, namun tetap menawarkan kerja tersebut.) Setelah memerhati kepakaran alkimia mereka, Mustang bercadang agar kedua-dua adik-beradik tersebut boleh mencapai impian mereka dengan menjadi Alchemist Negara dan berkhidmat untuknya. Setelah digalakkan dengan cadangan Mustang, Edward bersetuju menyahutnya, lalu dibolehkan menggunakan sumber-sumber yang disediakan untuk Alchemist Negara untuk menemui cara memulihkan kehilangannya serta adiknya. Adik-beradik tersebut kemudian mengetahui perihal “Batu Falsafah” lalu mula mencarinya sebagai cara memulihkan badan mereka. Dalam perjalanan tersebut mereka menemui rahsia-rahsia Batu Falsafah yang tidak ingin diketahui mereka, serta mencari orang lain yang turut mencarinya, melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan batu tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s