Fairy Tail (フェアリーテイル)

download (19)

Lucy Heartfilia adalah seorang mage Celestial Spirit yang berusia 17 tahun telah melarikan diri dari rumah untuk menyertai Fairy Tail. Di sepanjang jalan, dia bertemu Natsu Dragneel, seorang lelaki dari negara Fiore bersama dengan rakan kongsi Happy, seekor kucing yang boleh terbang, sedang mencari bapa angkatnya, seekor naga yang bernama Igneel yang telah menghilangkan diri tujuh tahun yang lalu. Lucy telah diculik oleh seorang alhi sihir bernama Bora of Prominence, yang menyamar sebagai Salamander dari Fairy Tail. Natsu menyelamatkan Lucy, mendedahkan dirinya akan menjadi Salamander sebenar memiliki kemampuan magikPemburu Naga Api (Fire Dragon Slayer), seorang mage dengan kebolehan naga. Selepas menewaskan penyamar itu, Natsu membenarkan Lucy menyertai Fairy Tail.

Lucy membentuk satu pasukan dengan Natsu dan Happy, bersama-sama dengan Gray Fullbuster, mage ais yang bertabiat buruk iaitu menanggalkan pakaian, dan Erza Scarlet, mage armor. Mereka ditugaskan untuk melengkapkan misi yang diminta oleh orang ramai dan mendapatkan wang sebagai ganjaran, seperti memburu raksasa dan memerangi persatuan haram dipanggil Persatuan Gelap. Tidak lama selepas itu, persatuan saingan Phantom Lord menyerang Fairy Tail, mengakibatkan peperang antara persatuan. Fairy Tail menumpaskan persatuan itu dan ahli Phantom Lord, Gajeel Redfox, Dragon Slayer dibangkitkan oleh Naga Metalicana(besi), dan Juvia Lockser, mage air, menyertai Fairy Tail. Persatuan ini juga berkait dengan Jellal Fernandes, kawan zaman kanak-kanak Erza yang dimanipulasi oleh Ultear Milkovich untuk membangkitkan Zeref mage gelap purba menggunakan Menara Syurga. Natsu mengalahkan Jellal dan Menara Syurga dimusnahkan. Kemudian, Laxus Dreyar, cucu ketua Persatuan Fairy Tail, Makarov Dreyar yang gila kuasa telah mencetuskan petempuran diantara ahli Fairy Tail dan akhirnya dia dibuang dari persatuan.

Membentuk satu pakatan dengan mage persatuan Blue Pegasus, Lamia Scale dan Cait Shelter, Fairy Tail melawan dan mengalahkan persatuan gelap Oración Seis dengan bantuan Jellal Fernandes, yang ditangkap kerana jenayah sebelumnya. Wendy Marvell, Dragon Slayer dibangkitkan oleh Grandine dan ahli tunggal Cait Shelter, menyertai Fairy Tail bersama-sama dengan kucing terbangnya Carla. Lucy, Natsu dan lain-lain memasuki Edolas, alam yang hampir serupa dengan Earth-land, apabila persatuan mereka lesap disebabkan kuasa Edolas. Sebilangan ahli Fairy Tail bertemu Faust, raja alam Edolas yang bercadang untuk mendapatkan kuasa tidak terbatas bagi alam Edolas. Happy dan Carla mendapati bahawa waris mereka iaitu Exceed dihantar keEarthland untuk suatu misi semasa bayi ketika pemerintahan Ratu Chagot. Fairy Tail telah mengalahkan Faust bersama Exceeds dan putera Faust, Mystogan. Dengan kekalahan Faust telah mengembalikan persatuan Fairy Tail di Earthland. Ahli Fairy Tail kembali ke Earthland bersama-sama dengan Exceed. Salah satu kaum Exceed, Pantherlily, membentuk kumpulan dengan Gajeel.

Beberapa ahli Fairy Tail, termasuk Natsu, Lucy, dan sekutu mereka, mengambil bahagian dalam peperiksaan di atas tanah suci persatuan mereka Pulau Tenrou di mana mage boleh maju ke pangkat yang lebih tinggi. Jadi mereka boleh mengambil bahagian dalam misi yang lebih berbahaya. Semasa peperiksaan, Fairy Tail terbabit dalam pertempuran menentang kesatuan gelap Grimoire Heart; persatuan gelap yang sedang mencari Zeref, yang telah lama menetap di pulau itu. Dibantu oleh Laxus, Fairy Tail mengalahkan Grimoire Heart, dan Zeref membunuh Hades pemimpin persatuan itu. Walau bagaimanapun, kejadian menyeruAcnologia (naga hitam) telah menyerang pulau itu. Roh pengasas Fairy Tail, Mavis Vermilion, melindungi semua orang di pulau itu daripada serangan Acnologia dengan magik pertahanan, iaitu membekukan masa.

Selepas sahaja mentera itu terbatal, kepulangan ahli Fairy Tail yang hilang mendapati persatuan mereka adalah paling terlemah diFiore. Kumpulan itu mengambil bahagian dalam kejohanan yang dipanggil Grand Magic Games memutuskan persatuan paling kuat kerajaan itu. Juga menyertai dalam permainan ini adalah Persatuan Sabertooth, persatuan yang terkuat pada masa itu, dan Raven Tail, persatuan yang diasakan oleh anak yang dianggap derhaka oleh Makarov, Ivan. Fairy Tail menolong Crime Sorcière, persatuan yang diasakan oleh Jellal yang melarikan diri, Ultear, dan bekas ahli Grimoire Heart member Meredy, sedang dalam siasatan pelepasan kuasa yang sangat besar dalam arena permainan. Selepas mengalahkan Sabertooth dan Raven Tail, Fairy Tail mendapat tempat pertama dalam Grand Magic Games. Tetapi, Natsu, Lucy dan lain-lain terbabit dalam konspirasi Pelan Eclipse, yang melibatkan penggunaan 12 Kunci Zodiak supaya sesorang boleh kembali semula ke masa silam untuk membunuh Zeref sebelum dia menjadi ancaman. Oleh kerana komplot aspek masa depan Rouge Cheney, seorang Pembunuh Naga dan ahli Sabertooth, rupa-rupanya Eclipse digunakan sebagai pintu masuk Naga-Naga pada 400 tahun dahulu. Eclipse telah musnah semasa perlawanan diantara Natsu dan Rogue, menyebabkan Rogue dan Naga-Naga kembali semula kemasa masing-masing.

Kemudian, Fairy Tail memulakan peperangan dengan Tartaros, sebuah persatuan gelap yang dikawal oleh Demon terkuat kepunyaan Zeref, E.N.D. Perlawanan ini dikacau oleh kedatangan Acnologia, yang mahu menghacurkan kedua-dua persatuan. Sebelum Acnologia ingin menghapuskan kesemua ahli sihir, Igneel dan naga-naga lain mula keluar daripada semua badan pembunuh naga. Hal ini kerana untuk mengelakkan badan pembunuh naga berubah seperti Acnologia, seorang manuasi asalnya. Walaupun ahli sihir yang lain mampu menghentikan kebangkitan E.N.D., Igneel dibunuh oleh Acnologia dan perlahan-lahan menghilang bersama naga-naga lain yang sebelum ini telah mati kerana memberikan separuh roh mereka kepada raja naga. Makarov membubarkan Fairy Tail selepas pertempuran itu dan Natsu dan Happy pergi mengembara selama setahun bagi mempersiapkan diri menghadapai Acnologia sekali lagi dan membalas dendam atas kematian Igneel.

Dunia Fairy Tail dipenuhi dengan manusia dan bangsa-bangsa yang lain seperti Exceed, naga, Celestial Spirit dan rasaksa besar. Earth-land (アースランド Āsu Rando) kawasansemenanjung yang luas, terbahagi kepada sepuluh daerah: Kerajaan Fiore (フィオーレ王国 Fiōre Ōkoku), Seven (セブン Sebun), Bosco (ボスコ Bosuko), Iceberg (アイスバーグAisubāgu), Minstrel (ミンストレル Minsutoreru), Midi (ミディ), Desierto (デシエルト Deshieruto), Joya (ホヤ Hoya), Bellum (ベラム Beramu), dan Kerajaan Pergrande (ペルグランデ王国 Pergurande Ōkoku). Sin (シン Shin) dan Caelum (カエルム Kaerumu), merupakan dua pulau berbeza di negara Earth-land.

Fairy Tail penuh dengan anakronim seperti Lakrima (魔水晶 (ラクリマ) Rakurima), sejenis kristal magik dan boleh digunakan sebagai bebola kristal atau alat komunikasi.

Magik (魔法 Mahō) merupakan suatu kelebihan yang ada pada sesetengah bangsa dalam Fairy Tail, walaupun hanya 10% penduduk Earth-land yan menggunakan magik.Magik ini terbahagi kepada dua, Caster Magic (キャスターマジック Kyasutā Majikku), iaitu membolehkan pengguna menggunakan kuasa daripada badannya sendiri. Holder (所持 (ホルダー) Horudā) iaitu menggunakan objek sebagai pecentus kuasa magik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s