Uchiha Sasuke

download (14)

Sebagai anak bongsu kepada ketua pasukan polis Konoha, Sasuke membesar di bawah bayang-bayang abangnya, Itachi. Itachi pula merupakan seorang genius yang berjaya menamatkan pengajian dengan sangat cemerlang pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pada usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan mengetuai pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Oleh itu, keluarga Uchiha amat memandang berat terhadap Itachi dan menganggapnya sebagai medium mempererat hubungan antara keluarga Uchiha dengan Konoha. Ayah Sasuke juga memberi perhatian yang istimewa terhadap Itachi. Itachi pula selalunya bergelora dengan konflik dalaman dan mengambil berat terhadap adiknya Sasuke; Itachi suka mengambil tahu tentang perkembangan Sasuke sebagai seorang ninja walaupun ayah mereka tidak berbuat sedemikian. Tetapi, Itachi jarang menemani Sasuke. Setelah Sasuke memulakan pengajian di Akademi Ninja, Sasuke masih merasakan dirinya jauh lebih lemah daripada abangnya. Walaupun sering lulus dengan cemerlang dan menduduki tempat teratas dalam kelas, ayah Sasuke tidak menghargai kejayaan anak bongsunya. Sebaliknya, dia lebih mementingkan kejayaan Itachi. Itachi dapat merasakan impian membara Sasuke yang ingin mendahului Itachi. Maka, Itachi berkata, “Kita ialah adik-beradik yang unik. Aku adalah benteng yang mesti kauatasi. Dengan ini, kau dan aku akan terus wujud bersama-sama.”

Hubungan Itachi dengan ayahnya menjadi semakin renggang apabila Itachi disoal siasat oleh ahli Uchiha yang lain tentang kematian dan wasiat sahabat karibnya, Shisui. Apabila kelakuan Itachi menjadi semakin pelik, ayah Sasuke merapatkan dirinya dengan Sasuke. Dia mengajar Sasuke Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術, suatu jurus yang digunakan oleh keluarga Uchiha. Sasuke yang berusia 7 tahun berjaya menguasai jurus tersebut di hadapan ayahnya setelah berlatih selama seminggu. Pada ketika itu, ayahnya mengakui potensi Sasuke; biasanya hanya seorang dewasa dapat memperlihatkan jurus sedemikian dengan sempurna. Sasuke juga diberitahu bahawa dia boleh mengenakan pakaian berjata Uchiha di belakangnya dengan megah. Tetapi, Sasuke diberi amaran agar tidak mengikut jejak langkah Itachi.

Selepas peristiwa tersebut, Itachi membunuh setiap satu kaum keluarga Uchiha kecuali Sasuke. Itachi mengatakan bahawa adalah tidak berbaloi untuk mengambil nyawa Sasuke. Tambahan pula, Itachi berkata, “Kau selalu mahu mendahuluiku. Jadi, kau kubiarkan hidup.” Itachi juga membongkar lokasi rahsia tempat keluarga Uchiha berjumpa dan bermesyuarat kerana di situ tersimpan sejarah sebenar keluarga Uchiha dan fungsi Sharingan.

Sasuke kemudiannya pengsan dan sedar semula di hospital Konoha. Di sana, dia terdengar perbualan penduduk kampung tentang pembunuhan ngeri keluarganya. Dia melarikan diri dari hospital secara diam-diam untuk melawat tempat tinggalnya sambil mengenang semula saat-saat manis dengan keluarganya. Sasuke kemudiannya menangis apabila sampai ke tempat ibu bapanya dibunuh oleh Itachi di hadapan matanya. Kemudian, Sasuke pergi ke tokong Nakano dan menjumpai rahsia Sharingan yang dijanjiikan Itachi. Mulai saat itu, hidup Sasuke ditumpukan kepada satu matlamat iaitu membunuh Itachi demi membalas dendam.

Dia merupakan salah seorang penguna mangekyou sharingan selain Kakashi dan Itachi, Uchiha Madara, Uchiaha Shisui dan Uchiha Obito. Dia meninggalkan Konoha untuk pergi berlatih dengan Orochimaru tanpa mengetahui Orochimaru berhasrat menggunakan tubuhnya untuk mendapatkan kehidupan yang abadi. Dia juga berjaya mencipta chidori terbaru yang berupaya seperti pedang. Ini terbukti apabila dia berjaya membunuh Orochimaru. selepas membunuh orochimaru dia menggunakan kuasa ular putih Orochimaru.

Sasuke memulakan misi utamanya iaitu membunuh abangnya, Itachi. Pertarungan Sasuke dan abangnya sangat sengit. Itachi telah memberikan kuasa sharingannya kepada Sasuke. Ini membolehkan sasuke menggunakan amaterasu untuk membela dirinya daripada gangguan Tobi / Uchiha Madara (Diri sebenaranya ialah Uchiha Obito). Semasa bertarung dengan Killer Bee (Jinchuriki kerbau sotong kurita berekor lapan bernama Gyuki), dua kali sasuke mengalami kecederaan parah dan dirawat oleh Karin dan Jirobuo. Sasuke merasakan dirinya lemah dan tak mampu untuk mempertahankan kawan-kawannya. Akhirnya dia menggunakan amaterasu dan berjaya menewaskan Killer Bee dengan hanya sekali pandang.

Pada perjumpaan Kage, Sasuke; Karin; Zetsu dan Tobi membuat kacau perjumpaan Kage. Sasuke membawa Danzo (bakal Hokage) kesesuatu tempat untuk berlawan. Akhirnya Danzo tewas ditangan Sasuke. Sasuke sudah mula hilang kawalan dengan kehebatan kuasanya dan hampir membunuh Karin. Selepas itu, Sakura muncul untuk tujuan membunuhnya. Sasuke hampir-hampir serang Sakura dari belakang dan akhirnya Naruto sempat selamatkan Sakura. Tiba-tiba, mata sharingan terus lenyap dan matanya terus kabur. Tobi dan beberapa Zetsu muncul untuk membawa Sasuke. Kata-kata terakhir Sasuke sebelum meninggalkan tempat itu, dia berharap dapat membunuh Naruto dahulu selepas itu menghancurkan kampung Konoha.

Tobi memberi mata Itachi kepada Sasuke. Mata Itachi di tubuh Sasuke memberi satu tenaga lebih kuat dan tahap tinggi mata sharingan iaitu Eternal Mangekyō Sharingan. Ketika Sasuke berjalan-jalan berjumpa askar zetsu dan membakarnya dengan amaterasu. Sasuke cuba pukau salah satu zetsu dengan genjutsu: sharingan terus zetsu memberitahunya bawa peperangan sedang berlaku, Naruto dan Killer Bee sedang bertarung dengan Tobi dan Sasuke terus pancung kepalanya. Sasuke ternampak burung gagak berselompok terbang dan Sasuke terus ke sana. Sasuke terserempak dengan abangnya Itachi yang telah dihidupkan semula dengan Edo Tensei. Itachi memberitahunya bahawa dia hendak tewaskan Kabuto dan membatal Teknik Edo Tensei. Apabila sampai ke kubu Kabuto, Sasuke dan Itachi berlawan dengan Kabuto. Kabuto tidak boleh dibunuh dengan serangan, cuma boleh membunuhnya dengan teknik genjutsu yang paling hebat dalam kaum Uchiha iaitu Izanami. Akhirnya Kabuto seperti mayat hidup dan Itachi menggunakan jutsu Tsukuyomi untuk membatalkan Edo Tensei. Akhirnya Edo Tensei dibatalkan, sebelum Itachi pergi dia jugakan Tsukuyomi dekat Sasuke untuk menunjukan kebenaran Itachi untuk melindungi Kampung Konoha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s