Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師 Hagane no Renkinjutsushi)

images (16) Fullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang mencapai teknologi Eropah. Di dunia selari ini, pseudosains alkimia menjadi tumpuan utama, namun ia juga merangkumi unsur fantasi yang tidak didapati dalam alkimia sebenar. Ahli alkimia dunia sebenar cuba membentuk emas daripada logam lain yang kurang bermutu. Di dunia fiksyen siri ini, alkimia merupakan sains membentuk sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation)—berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alchemist Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris. Continue reading

Advertisements

Fairy Tail (フェアリーテイル)

download (19)

Lucy Heartfilia adalah seorang mage Celestial Spirit yang berusia 17 tahun telah melarikan diri dari rumah untuk menyertai Fairy Tail. Di sepanjang jalan, dia bertemu Natsu Dragneel, seorang lelaki dari negara Fiore bersama dengan rakan kongsi Happy, seekor kucing yang boleh terbang, sedang mencari bapa angkatnya, seekor naga yang bernama Igneel yang telah menghilangkan diri tujuh tahun yang lalu. Lucy telah diculik oleh seorang alhi sihir bernama Bora of Prominence, yang menyamar sebagai Salamander dari Fairy Tail. Natsu menyelamatkan Lucy, mendedahkan dirinya akan menjadi Salamander sebenar memiliki kemampuan magikPemburu Naga Api (Fire Dragon Slayer), seorang mage dengan kebolehan naga. Selepas menewaskan penyamar itu, Natsu membenarkan Lucy menyertai Fairy Tail.

Continue reading